Pengenalan Kepada Al Quran
AL - QURAN
Al-Quran atau Quran (bahasa
Arab: القرآن
al-Qur'ān)
ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu
yang Allah turunkan kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril yang
sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran
mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang
terdapat di dalam Al-Quran Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kamilah
yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya".
(Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi
bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman
Allah:
NAMA - NAMA LAIN BAGI AL QURAN
Al-Kitaab (اﻟﻛتاب)
bermaksud sebuah kitab
berdasarkan firman Allah:
Alif, Laam, Miim. Kitab
al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan
tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak)
bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)
Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ)
bermaksud pemisah hak dan
batil sebagaimana firman Allah:
Maha berkat Tuhan Yang
menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan
amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)
Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ)
bermaksud peringatan
berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang
menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr
15:9)
At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ)
bermaksud penurunan.
Nama ini diambil sempena firman Allah:
Dan Sesungguhnya Al-Quran
(yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah
Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)
KELEBIHAN AL-QURAN
Antara kelebihan Al-Quran
ialah:-
1. Mukjizat teragung
2. Mukjizat Nabi yang kekal
hingga hari Kiamat
Sabda Nabi Muhammad s.a.w
yang bermaksud:- "Dan kelebihan kalamullah ke atas seluruh kalam
(perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadian-Nya."
Comments
Post a Comment