Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah
Metode pada gaya persembahan bererti uslub dengan pengertian khusus. Al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa metode pada gaya persembahan atau uslub yang dilihat dari sudut ini ialah penyampaian isikandungan dalam bentuk-bentuk tertentu. Pemikiran yang dibawa adalah jelas, kalimah percakapan fasih, susunan ayat selaras dan seimbang, bahasa yang digunakan indah sehingga boleh memberi kesan yang baik dalam diri sasaran. (Muhammad Khair Ramadan).
Metodologi dakwah pada gaya persembahan isi membincangkan tentang bentuk isi
kandungan itu disampaikan kepada sasaran. Dalam hal ini, sama ada ia
disampaikan dalam bentuk biasa, bentuk mengajak berfikir, bentuk
cerita, bentuk perbandingan, bentuk keras, bentuk pujukan, bentuk
rangsangan atau lain-lain yang tujuannya supaya dapat membangkitkan
minat dan pengaruh kepada sasaran terhadap mesej atau maksud dari
kandungan yang disampaikan. Bentuk-bentuk tersebut mempunyai keistimewaan
masing-masing untuk menarik sasaran.
Bentuk Gaya Persembahan :
- Memikirkan Tentang Sesuatu
- Bentuk Cerita
- Perbandingan
- Rangsangan
- Contoh Teladan yang Baik (Qudwah
Hasanah)
- Syair dan Pantun
- Pujukan
- Tidak Langsung (indirect)
Go To Link : https://padlet.com/muskidr
Dalam Bentuk Memikirkan Tentang Sesuatu.
Antara
keperluan bagi diri manusia ialah berfikir secara bebas tentang apa yang ada
pada alam ini. Berfikir secara betul boleh mengelakkan diri dari terjerumus ke
dalam bahaya kehidupan. Islam datang untuk menghidupkan tabiat manusia berfikir
secara bebas tanpa sokongan adat budaya dan peninggalan warisan. Maka antara
cara persembahan isi dakwah ialah mengajak sasaran supaya memikirkan tentang
kehidupan, terutamanya yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan. Antara
ajakan supaya berbuat demikian dalam ha-hal seperti berikut:
1.
Jangan ikut secara membuta tuli tanpa berfikir (Surah
al-Baqarah:170)
2.
Memikirkan sesuatu untuk melihat kekuasaan Pencipta (Surah
al-Ghasyiyah: 17-20)
3.
Memikirkan tentang kebangkitan semula (Surah Yasin: 78-79)
Persembahan
dalam bentuk tersebut membangkitkan kesedaran manusia berfikir terhadap apa
yang dianggap, dipercayai dan dilakukan. Ia menarik.
Dalam
Bentuk Cerita.
Cerita mempunyai keistimewaan yang tinggi, kerana ia memberi pengetahuan kepada sasaran tentang kehidupan manusia dengan gaya dan bentuk yang disukai secara semula jadi. Persembahan dalam bentuk cerita merupakan satu bentuk persembahan isi dakwah. Bentuk tersebut sangat sesuai digunakan untuk mempengaruhi sasaran, kerana cerita disukai oleh masyarakat seluruhnya.
Dalam Bentuk Perbandingan.
Sejak dahulu, manusia suka dan tertarik kepada perbandingan kerana ia boleh memberi kefahaman yang jelas terhadap sesuatu mesej atau ajaran yang disampaikan. Dengan itu, perbandingan merupakan kecantikan persembahan yang digemari oleh jiwa manusia. Al-Quran dan hadis banyak menggunakan perbandingan untuk menarik pengaruh kepada sesuatu yang dikemukakan.
Jadi, antara ajaran
Islam yang disampaikan kepada sasarannya itu dipersembahkan dalam bentuk
perbandingan. Persembahan dalam bentuk perbandingan lebih senang bagi sasaran
memahami mesej atau maksud yang hendak disampaikan. Ia menarik dan dapat
mempengaruhi sasaran.
Dalam Bentuk Rangsangan.
Persembahan
isi kandungan dakwah melalui rangsangan ini sangat sesuai dengan sasaran,
kerana ia boleh meninggalkan kesan yang baik, sama ada untuk melakukan kebaikan
atau menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang.
Dalam Bentuk Qudwah
Hasanah (Contoh Teladan yang Baik).
- · Dakwah Islam bukan setakat melalui perkataan, tetapi yang lebih penting ialah perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh seseorang. Sebagai contoh, teladan terhadap penghayatan agama yan benar dan mulia. Dakwah melalui contoh teladan yang baik sangat besar pengaruhnya kepada sasaran.
- · Secara tidak disedari, dakwah dengan cara ini boleh dilakukan oleh semua orang Islam. Terutamanya untuk berdakwah kepada orang bukan Islam. Ia melibatkan perwatakan baik orang Islam untuk disesuaikan dengan agama mulia yang danuti. Dengan itu, Persembahan isi dakwah ini sangat sesuai diamalkan.
Dalam
Bentuk Syair dan Pantun.
· Syair memberi kesan yang besar pada
jiwa manusia. Disebabkan susunan ayat dan penggunaan kalimah yang berbeza dan
berlainan dengan amalan biasa. Dengan bahasa yang cantik, mesej yang
disampaikan sangat mendalam untuk dibangkitkan hati pendengar kepadanya.
· Disebabkan peranan syair yang besar
pada jiwa manusia, Islam menggunakannya sebagai satu uslub dalam
dakwah, terutamanya pada peringkat awal Islam dahulu.
Dalam
Bentuk Pujukan.
· Satu daripada gaya persembahan yang
boleh menarik perhatian dan senang mempengaruhi sasaran ialah dengan
menggunakan bentuk pujukan.
· Pujukan dilakukan dalam keadaan
lembut untuk memikat hati
· Pujukan merupakan suatu bentuk
persembahan isi yang sangat memberi kesan kepada sasaran. Dengan itu, cara
tersebut sangat penting dalam uslub dakwah
Dalam Bentuk Tidak Langsung.
Pada dasarnya, manusia tidak suka diajar dan ditegur atas kesalahannya, apa lagi oleh pihak yang difikirkan lebih rendah atau lebih muda. Teguran selalunya dianggap boleh menjatuhkan seseorang. Ego manusia sangat tinggi. Dalam kedaan seperti ini, dakwah memerlukan satu uslub teguran yang tidak dalam bentuk teguran atau pengajaran secara teran-terang seperti biasa, tetapi dalam bentuk yang lain dan tidak langsung.
Comments
Post a Comment