Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah Metode pada gaya persembahan bererti uslub dengan pengertian khusus. Al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa metode pada gaya persembahan atau uslub yang dilihat dari sudut ini ialah penyampaian isikandungan dalam bentuk-bentuk tertentu. Pemikiran yang dibawa adalah jelas, kalimah percakapan fasih, susunan ayat selaras dan seimbang, bahasa yang digunakan indah sehingga boleh memberi kesan yang baik dalam diri sasaran. (Muhammad Khair Ramadan). Metodologi dakwah pada gaya persembahan isi membincangkan tentang bentuk isi kandungan itu disampaikan kepada sasaran. Dalam hal ini, sama ada ia disampaikan dalam bentuk biasa, bentuk mengajak berfikir, bentuk cerita, bentuk perbandingan, bentuk keras, bentuk pujukan, bentuk rangsangan atau la...