Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah

      
 Metode pada gaya persembahan bererti uslub dengan pengertian khusus. Al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa metode pada gaya persembahan atau uslub yang dilihat dari sudut ini ialah penyampaian isikandungan dalam bentuk-bentuk tertentu. Pemikiran yang dibawa adalah jelas, kalimah percakapan fasih, susunan ayat selaras dan seimbang, bahasa yang digunakan indah sehingga boleh memberi kesan yang baik dalam diri sasaran. (Muhammad Khair Ramadan).

       Metodologi dakwah pada gaya persembahan isi membincangkan tentang bentuk isi kandungan itu disampaikan kepada sasaran. Dalam hal ini, sama ada ia disampaikan dalam bentuk biasa, bentuk mengajak berfikir, bentuk cerita, bentuk perbandingan, bentuk keras, bentuk pujukan, bentuk rangsangan atau lain-lain yang tujuannya supaya dapat membangkitkan minat dan pengaruh kepada sasaran terhadap mesej atau maksud dari kandungan yang disampaikan. Bentuk-bentuk tersebut mempunyai keistimewaan masing-masing untuk menarik sasaran.

Bentuk Gaya Persembahan :

  • Memikirkan Tentang Sesuatu
  • Bentuk Cerita
  • Perbandingan
  • Rangsangan
  • Contoh Teladan yang Baik (Qudwah Hasanah)
  • Syair dan Pantun
  • Pujukan
  • Tidak Langsung (indirect)

Dalam Bentuk Memikirkan Tentang Sesuatu.



Antara keperluan bagi diri manusia ialah berfikir secara bebas tentang apa yang ada pada alam ini. Berfikir secara betul boleh mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam bahaya kehidupan. Islam datang untuk menghidupkan tabiat manusia berfikir secara bebas tanpa sokongan adat budaya dan peninggalan warisan. Maka antara cara persembahan isi dakwah ialah mengajak sasaran supaya memikirkan tentang kehidupan, terutamanya yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan. Antara ajakan supaya berbuat demikian dalam ha-hal seperti berikut: 

1.    Jangan ikut secara membuta tuli tanpa berfikir (Surah al-Baqarah:170)
2.     Memikirkan sesuatu untuk melihat kekuasaan Pencipta (Surah al-Ghasyiyah: 17-20)
3.    Memikirkan tentang kebangkitan semula (Surah Yasin: 78-79)
  

Persembahan dalam bentuk tersebut membangkitkan kesedaran manusia berfikir terhadap apa yang dianggap, dipercayai dan dilakukan. Ia menarik.

Dalam Bentuk Cerita.


 Cerita mempunyai keistimewaan yang tinggikerana ia memberi pengetahuan kepada sasaran tentang kehidupan manusia dengan gaya dan bentuk yang disukai secara semula jadi. Persembahan dalam bentuk cerita merupakan satu bentuk persembahan isi dakwah. Bentuk tersebut sangat sesuai digunakan untuk mempengaruhi sasaran, kerana cerita disukai oleh masyarakat seluruhnya.


Dalam Bentuk Perbandingan.



      Sejak dahulu, manusia suka dan tertarik kepada perbandingan kerana ia boleh memberi kefahaman yang jelas terhadap sesuatu mesej atau ajaran yang disampaikan. Dengan itu, perbandingan merupakan kecantikan persembahan yang digemari oleh jiwa manusia. Al-Quran dan hadis banyak menggunakan perbandingan untuk menarik pengaruh kepada sesuatu yang dikemukakan.
      Jadi, antara ajaran Islam yang disampaikan kepada sasarannya itu dipersembahkan dalam bentuk perbandingan. Persembahan dalam bentuk perbandingan lebih senang bagi sasaran memahami mesej atau maksud yang hendak disampaikan. Ia menarik dan dapat mempengaruhi sasaran.


Dalam Bentuk Rangsangan.


Persembahan isi kandungan dakwah melalui rangsangan ini sangat sesuai dengan sasaran, kerana ia boleh meninggalkan kesan yang baik, sama ada untuk melakukan kebaikan atau menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang.

Dalam Bentuk Qudwah Hasanah (Contoh Teladan yang Baik).


  • ·       Dakwah Islam bukan setakat melalui perkataan, tetapi yang lebih penting ialah perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh seseorang. Sebagai contoh, teladan terhadap penghayatan agama yan benar dan mulia. Dakwah melalui contoh teladan yang baik sangat besar pengaruhnya kepada sasaran. 


  • ·       Secara tidak disedari, dakwah dengan cara ini boleh dilakukan oleh semua orang Islam. Terutamanya untuk berdakwah kepada orang bukan Islam. Ia melibatkan perwatakan baik orang Islam untuk disesuaikan dengan agama mulia yang danuti. Dengan itu, Persembahan isi dakwah ini sangat sesuai diamalkan.


Dalam Bentuk Syair dan Pantun.



·       Syair memberi kesan yang besar pada jiwa manusia. Disebabkan susunan ayat dan penggunaan kalimah yang berbeza dan berlainan dengan amalan biasa. Dengan bahasa yang cantik, mesej yang disampaikan sangat mendalam untuk dibangkitkan hati pendengar kepadanya.

·       Disebabkan peranan syair yang besar pada jiwa manusia, Islam menggunakannya sebagai satu uslub dalam dakwah, terutamanya pada peringkat awal Islam dahulu.

Dalam Bentuk Pujukan.


·       Satu daripada gaya persembahan yang boleh menarik perhatian dan senang mempengaruhi sasaran ialah dengan menggunakan bentuk pujukan. 
·       Pujukan dilakukan dalam keadaan lembut untuk memikat hati
·       Pujukan merupakan suatu bentuk persembahan isi yang sangat memberi kesan kepada sasaran. Dengan itu, cara tersebut sangat penting dalam uslub dakwah

Dalam Bentuk Tidak Langsung.

     Pada dasarnya, manusia tidak suka diajar dan ditegur atas kesalahannya, apa lagi oleh pihak yang difikirkan lebih rendah atau lebih muda. Teguran selalunya dianggap boleh menjatuhkan seseorang. Ego manusia sangat tinggi. Dalam kedaan seperti ini, dakwah memerlukan satu uslub teguran yang tidak dalam bentuk teguran atau pengajaran secara teran-terang seperti biasa, tetapi dalam bentuk yang lain dan tidak langsung.







Comments

Popular posts from this blog

METODOLOGI DAKWAH DALAM AL- QURAN.

Pengenalan Kepada Al Quran