Multimedia Dari Perspektif Al- Quran

MULTIMEDIA





➤ Istilah  buat kali pertama kalinya telah digunakan dalam tahun 1960 an bagi menggambarkan persembahan yang menggabungkan slaid dan peti audio.

➤ Multimedia terbahagi kepada 5 iaitu teks, grafik, animasi ,audio dan video dimana setiap bentuk maklumat boleh diwakilkan, disimpan,disalurkan dan diproses secara digital.

➤Fungsi utama teknologi multimedia adalah bertujuan memperbaiki kualiti persembahan sesuatu maklumat dan juga meningkatkan keberkesan penyampaian maklumat , khususnya untuk pengajaran.

➤ Teknologi multimedia bila digabungkan dengan internet merupakan alatan baru bagi para menyampaikan ilmu serta menggalakkan pertumbuhan pemikiran bebas. Sebagai contoh aplikasi yang boleh digunakan berlandaskan multimedia ialah:
        - perisian krusus hipermedia
        - televisyen interaktif
        - persidangan audio/video
        - dunia maya
        - laman web dan pengarangan.





Konsep Ilmu Dalam Al-Quran.

👉 Islam sebagai Ad-Din atau jalan hidup, adalah sebuah sistem yang mengarah manusia di dalam kehidupannyan dan membantunya untuk menvcapai kesempurnaan yang terbaik.

👉 Islam begitu prihatin mengenai persoalan ilmu Al-Quran dan al-Hadith sebagai rujukan dan panduan utama umat Islam yang banyak memperlihatkan ciri-ciri ilmu yang bersifat empiris (boleh diukur)

👉 Perkataan ilmu disebut sebanyak 854 kali dalam pelbagai bentuk dalam Al-Quran.
👉 Ilmu boleh diperolehi dan dikembangkan melalui beberapa cara iaitu:
           ⧫ pemerhatian
           ⧫ penglihatan
           ⧫ menyelidik
           ⧫ mencuba dan menganalisa


Konsep Teknologi Multimedia Dalam Al-Quran. 

➽  Teknologi bukan lah sesuatuyang asing dalam sejarah Islam, tetapi merupakan sesuatu yang                 berterusan,berkembang bersama kepandaian manusia bagi memudahkan kehidupan.
.
➽Teknologi yang berkaitan dengan mesin senibina, ketenteraan, perkapalan, kimia, tekstilmberkembang maju membantu membangunkan kecemerlangan Islam dan ummah sebelum abad ke-16 M lagi.

➽Manusia mempunyai potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah.  Banyak manusia mencuba berbagai cara untuk mendapatkan ilmu. Dalam surah Al-Nahl : 78 menjelaskan fungsi 3 sarana iaitu :
 ⤑ Pendengaran
 ⤑ Penglihatan
 ⤑ Hati

➽ Fakta ini disokong oleh pendapat yang mengatakan bahawa 80% daripada apa yang dilihat, didengar dan diamalkan dapat diingati oleh manusia.

Islam amat mementingkan penggunaan akal yang waras untuk melihat lebih jauh dari apa yang ada sekarang. Kini umat Islam menghadapu perkembangan yang lebih mencabar di mana dunia berlumba-lumba membina komuniti siber, persaingan teknologi maklumat, kebangkitan pekerja berpengatahuan, kadar perubahan teknologi, kelahiran kerajaan elektronik dan sebagainya.

➽ Kesemua ini menuntut umat Islam agar bergerak lebih pantas agar seiring dengan perkembangan semasa, pintar merebut peluang yang ada dan bijak membuat pilihan.



Sumbangan Multimedia Terhadap Islam.

Banyak manfaatnya yang boleh memberi sumbangan kepada Islam. antaranya:

  Sebagai sumber penstoran dan penyebar maklumat yang sekali gus dapat mengembangkan ilmu pengetahuan.
↣  Multimedia dapat dijadikan sebagai saluran dakwah kepada Islam yang boleh dianggap sebagai jihad mekanisme jihad masa kini.
↣   Alatan untuk nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran
  Serta medan bagi amar maaruf nahi munkar 

Justeru, setiap anggota masyarakat Islam perlu memainkan peranan penting dalam mengusai teknologi multimedia, bukan sekadar pengguna biasa sahaja bahkan boleh membangunkan sistem maklumat atau perisian sendiri berasaskan acuan Islam dan yang pentingnya menggarap segala bentuk teknologi mengikut tasawwur Islam.

Secara kesimpulannya , multimedia ini sememangnya menjadi satu rahmat kepada umat Islam sesuai dengan risalah Islam sebagai agama yang mendukung penggunaan dan penyebaran maklumat serta pengetahuan.
   
       


Comments

Popular posts from this blog

METODOLOGI DAKWAH DALAM AL- QURAN.

Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah

Pengenalan Kepada Al Quran